Saturday, September 24

PMR CANDIDATES.

Hai. Assalamualaikum.
Hari ni 25.September 2011. kalau hitung guna jari, lagi sembilan hari aku nak menduduki PMR.
Cepatnya. cepatnya masa berlalu.
kalau dulu, aku terhegeh hegeh pergi bilik SPBT sekolah, ambil textbook for form3.
kalau dulu, aku masih menulis perkataaan 'Tingkatan2' di kulit buku tulis aku.
kalau dulu, aku langsung tak pernah fikir masa hadapan aku.
Tapi kini, aku terpaksa menghadapi musuh ketat aku, PMR = Peperiksaan Menyeksa Remaja.
kenapa mesti ada PMR bagai? kau buat aku cuak, aku kecot, aku kerdil ketika menghintung kau.
PMR nanti, aku tawakal. aku berusaha semampu yang boleh. aku buat terbaik yang boleh hanya kerana dua sebab.

FIRST.

 My dad, my superman.
#cetengok, ayah aku berani belitkan diri dia sendiri dekat ular.
ayah kau ada? hahaha :D

Bila teringat balik, susah payah ayah hantar aku pergi sekolah balik sekolah selama tiga tahun, 
baru sedar. bertapa besar pengorbanan ayah. Hulur duit belanja sekolah.
Belikan kelengkapan sekolah. Sediakan baju sekolah baru. Hanya dua sebab- nak aku berjaya dalam hidup.
Berjaya dalam pelajaran. aku takut. aku takut kalau kalau result PMR aku mengecewakan ayah.
Selama ni aku tak sedar. kenapa ayah beria ria suruh aku belajar. Beria ria hantarkan aku tuition.
yang aku tahu hanya erti sosial.. aku leka. aku lalai. aku lari dari tanggungjawab aku sebagai anak dia.
Ayah.. Aerien akan lakukan yang terbaik PMR nanti. Aerien akan buatkan ayah bangga dengan Aerien. tengok lah!

SECOND.

My Mommy. my Cat Woman.
#Mak, sumpah. Tiada orang yang cantik selain mak 


Mak.. tersentap sekejap bila teringat ayat mak masa nak belikan aerien telefon baru.
"Mak belikan phone ni, kau belajar rajin-rajin tau"
Tersentap sekejap bila teringat ayat mak masa mak nak bagi Ipod Touch dekat aerien.
"dapat Ipod ni. PMR 5A tau. janji?"
Setiap kata-kata mak, mesti ada perkataan yang nak aerien berjaya dalam pelajaran.
"kau dah makan? mak ada bawak balik nasik dari office. mak tak makan pon sebab nak bagi kau"
mak tak pernah lupakan aku. sampai nak makan pon teringatkan aku.
macam mana agaknya reaksi mak bila result PMR aku tak membanggakan dia?
aku tahu. aku tahu dia marah, membebel, maki semuanya ada sebab- nak aku jadi orang yang berguna.
aku alpa. aku leka dengan dunia kartun aku. sehingga aku lupa pengorbanan mak aku.
yang aku tahu merengek rengek. kawan aku ada phone baru, aku merengek nak phone baru.
kawan aku ada camera, aku merengek nak camera jugak.
tapi. setiap permintaan aku mak turuti jugak. sebab apa? sebab mak sayang aku.
sayu bila teringat ayat mak "tengok ni, mak beli cincin dekat Poh Kong tadi #sambi tunjuk dekat aku. baru mak dapat beli barang mak guna duit gaji mak. selama ni asyik beli barang kau je"
baru aku sedar. aku sedar yang selama ni aku dah banyak menyusahkan mak.
Mak, tengok result PMR aerien nanti. aerien balas balik jasa mak! okay? 



Ya Allah, hanya padamu aku berserah. Hanya padamu aku bertawakal. Hanya padamu aku memohon.
PMR kali ni, biarlah aku jawab dalam keadaan hati yang tenang, fikiran yang tenang.
Benarkan aku buat yang terbaik. Bukan untuk diriku. Tapi untuk kedua ibu bapaku 
Aminnn~
To all PMR victim. Good Luck for PMR :)



No comments:

Post a Comment