Sunday, October 16

Tips mencantikkan wajah.

Hi, assalamualaikum.
Hari ni murid-murid kita akan belajar cara. tips. petua bagaimana nak mencantikkan wajah kita, okay?
Yeee aku tahu entry ni tak serupa bikin dengan aku. Muka kurang jelita nak post tips mencantikkan muka konon en?
Err, pedulik? Apa yang penting aku share. Sharing is caring :D What important? Work together-gether ^^
Kstop merapu Aerien -.- diorang tentu bosan dengan kerepek kau ni.



MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita. #Aku bekas jerawat belambak -.- kalau tips ni tak mendatangkan kesan jugak, beli dekat kedai Ah Chong mintak kertas pasir gred 3- gred paling power.

BIBIR MERAH SEMULAJADI
Sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari. Kalau dah freedup sangat bibir tak merah-merah, pergi beli dekat Tesco gincu Tesco Choice. Macam-macam colour ada wa cakap sama lu.

MELEBATKAN BULU KENING
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam. Kalau tak jumpa lidah buaya, beli minuman kotak Peel Fresh yang apple campur Aloevera. Lepas dah guna, boleh terus makan. Kan senang 2 IN 1.

KULIT MUKA LICIN BERSERI
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker.biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin, berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering. Yogurt bukan mahal ke? >.<
MENAIKKAN SERI MUKA
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu. Lepas ni mula lah, hari-hari nak makan masak lemak santan kelapa muda.
MENGHILANGKAN LEBAM BAWAH MATA
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk Try test cuba lah.ianya juga baik untuk menyegarkan mata. Peel Fresh gituuw :)
MELICINKAN WAJAH
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba ^^
MEMERAHKAN BIBIR HITAM
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu. Aku faham korang pon nak bibir seksi kan? :D
OTAK JADI BIJAK
masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi
insyaallah mujarab. Euwwkk kau larat ke nak minum setiap pagi? Beli je kismis doa seringgit satu kotak tu :D
HILANGKAN HITAM DI MUKA DAN JERAWAT
#yang ini khas buat diri aku sendiri :D
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang. tapi kena rajin mengamalkannya. Kalau pemalas macam aku, macam mana muka kau nak cantik? >.<
Dekat sini aku nak tekan kan, cara terbaik nak menaik kan seri muka, mencantikkan muka adalah dengan berwudhuk selalu dan memabaca Yassin selalu. Bukan setakat muka jadi cun je tau, bertambah suci dan ayu gituuw. Kelaaaass kau Maria! :D


Selamat mencuba, mentry, mentest :)



2 comments:

  1. saya dah cuba tapi tak berkesan sebab saya malas
    kesimpulannya, usaha tangga kejayaan !

    ReplyDelete
  2. tak payah nak bersaya saya sangatlah kan arina!!dush dush

    ReplyDelete